Wednesday 21 December 2016

DISEMBER 2016 : OSIM SUNDOWN MARATHON PENANG 2016


Date           :       18 DISEMBER 2016
Distance   :        21.1 KM (HALF MARATHON)
Location   :        QUEENSBAY, PENANG

OSIM SUNDOWN MARATHON PENANG 2016 ini merupakan event official kedua aku sepanjang terbabit dalam aktiviti larian ni dan keempat bagi sepanjang hidup aku. Pada asalnya pembabitan aku dalam event ni adalah kerana pengaruh yang dahsyat dari biras aku sendiri iaitu Abang Man@Zarul Umbrella dan dia juga turut dipengaruhi oleh seorang rakan kami iaitu Azmi dan seterusnya diikuti oleh seorang rakanku iaitu Bobby. Namun kejadian yang tidak diingini berlaku. Abg Man tak dapat follow oleh kerana beliau terkena demam denggi dan tempatnya diganti oleh seekor jembalang bernama Halimi @ Aiman Jate. Kami bertolak dari Lembah Klang pada dan tiba di Olive Tree Hotel pada jam 2.30 petang untuk collect race kit. Seterusnya kami terus menjamu selera di kedai berdekatan sebelum check in di Hotel D’Nice yang tidak jauh dari Olive Tree Hotel. Pada jam 10.00 malam selepas Final AFF Suzuki Cup 2016, kami terus bergerak ke area Queensbay Mall untuk memulakan larian.

Get well soon Abg Man. Stay strong, stay cool, stay handsome & ready for our next activity!!!

Sebelum memulakan larian, kami diminta untuk ke photoshoot session oleh organizer dulu (bunyi macam retis je. Hahaha) dan ambil beberapa gambar di sekitar garisan permulaan event. Event ini dimulakan dengan acara Half Marathon (21.1 KM) yang dilepaskan tepat jam 12.01 malam. Seterusnya, diikuti dengan acara 10 KM pada jam 12.05 malam dan 5 KM pada jam 12.10 malam.

Memandangkan jumlah peserta yang agak ramai dan kehadiran sebilangan peserta bagi acara 10 KM dan 5 KM di garisan permulaan menyukarkan kami memulakan larian. Terpaksa tolak menolak la gamaknya. Kami agak lepas 30 saat-1 minit Gun Time barulah kami dapat melepasi garisan permulaan. Aku pun mulakan langkah yang sangat slow tapi steady. Kalau tak silap aku pace aku masa tu 7.50 min/km sepanjang 5 KM aku berlari. Mula-mula dapat rentak memang best. Lepas 5 KM aku tengok phone aku nak tengok berapa masa aku catat. Sekali tengok makk aiii teruk beno masa 5 KM aku. (39 minit 30 saat). Dan sampai di 10 KM masa aku catat adalah 1 jam 25 minit yang teruk jugak sebenarnya bagi aku. Menyesal tak pump awal-awal tadi. Lepas melepasi jarak 10 KM aku rasa macam x sedap kat kaki. Terasa macam nak cramp. Sampai je di 10.5 KM terus aku cramp dan rest kejap selama 5 minit. Time tu runner-runner lain hanya mampu melihat je la. Lepas tu aku banyakkan jalan laju je la sampai ke 18 KM. Selepas 18 KM ke garisan penamat aku rasa macam dah tak mampu nak lari memandangkan terasa sakit yang amat di keseluruhan lower body dan hanya mampu berjalan slow dan berhenti seketika beberapa kali. Sampai je kat garisan penamat aku tengok time aku. Mak aiii x pernah lagi buat Half Marathon masa teruk macam ni. Haishhhhh.

Akhirnya aku sampai di garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 23 minit 23 saat (Gun time) dan berjaya menamatkan larian di tempat ke 889 dari 979 peserta bagi timing gun time dan official time yang dicatatkan ialah 3 jam 22 minit 51 saat (889/979).

Berikut adalah catatan masa rasmi bagi Bobby, Halimi & Azmi


NO.
NAMA
GUN TIME
OFFICIAL TIME
KEDUDUKAN GUN TIME
KEDUDUKAN OFFICIAL TIME
1
Ahmad Halimi Bin Abd Rashid
3 jam 10 minit 30 saat
3 jam 10 minit 21 saat
771/979
771/979
2
Mohamad Azwad Bin Kamarudin
3 jam 10 minit 30 saat
3 jam 9 minit 49 saat
772/979
772/979
3
Noor Azmi Bin Abdul Halim
3 jam 32 minit 24 saat
3 jam 31 minit 43 saat
934/979
934/979

Selain itu, semasa check out dari hotel kami terserempak dengan runner yang juga dari Lembah Klang dan lunch bersama mereka. Berikut adalah senarai catatan masa rasmi yang mereka perolehi:

NO.
NAMA
GUN TIME
OFFICIAL TIME
KEDUDUKAN GUN TIME
KEDUDUKAN OFFICIAL TIME
1
Khoirun Annisyak Subadi
2 jam 45 minit 17 saat
2 jam 44 minit 18 saat
550/979
550/979
2
Norhazrina Binti Mohamad Shari
3 jam 13 minit 21 saat
3 jam 12 minit 21 saat
805/979
805/979
3
Nur Fasha Umaira Binti Shaiful Bahri
3 jam 16 minit 19 saat
3 jam 15 minit 20 saat
841/979
841/979

Standing the eyes of the word. EHHH!!! Time pun kelaut. Hmmm
Muka-muka finisher yang pewaiii!!! Dari kiri Abam Monster @ Naz diikuti Abe Mi Rodong, Aiman Jate @ Jin Ifrit, Abam Wicek @ Bobby



Wajah-wajah pewai semua kat belakang. 3 orang kat depan ni semua power baq ang!!!  

Pengalaman menyertai OSIM SUNDOWN MARATHON PENANG 2016  ini sangat berguna buat aku supaya aku lebih bersedia dari segi fizikal dan mental bagi acara-acara seperti ini. Dan tahun depan jugak masa untuk aku perbaiki catatan masa yang aku buat tahun ni.

Half Marathon

Personal Best : 2 jam 3 minit 42 saat (2008)
Season Best : 3 jam 7 minit (2016)

Insyaallah tahun depan aku target 3 event half marathon:

1) Putrajaya Night Marathon 2017
2) PJ Half Marathon 2017
3) Pahang International Marathon 2017