Thursday 17 November 2016

NOVEMBER 2016 - PUTRAJAYA NIGHT MARATHON 2016 (HALF MARATHON) 21.1KM

NOVEMBER 2016 : PUTRAJAYA NIGHT MARATHON 2016

Date           :        12 NOVEMBER 2016
Distance   :        21.1 KM (HALF MARATHON)
Location   :        PUTRAJAYA

Putrajaya Night Marathon ini merupakan event official pertama aku sepanjang terbabit dalam aktiviti larian ni. Pada asalnya pembabitan aku dalam event ni adalah kerana pengaruh yang dahsyat dari biras aku sendiri iaitu Abang Man@Zarul Umbrella dan dia juga turut dipengaruhi oleh seorang rakan kami iaitu Azmi. Kami tiba di tempat yang dijanjikan iaitu di depan Maybank Perbadanan Putrajaya pada jam 7.30 malam.

(Abang Man) Buddies runner merangkap biras aku!!! Abaikan puting tajam. Hahaha


Sebelum memulakan larian, kami selpiaq dulu sedas dan ambil beberapa gambar di sekitar Perbadanan Putrajaya. Event ini dimulakan dengan acara Full Marathon (42.195 KM) yang dilepaskan tepat jam 8.00 malam. Seterusnya, diikuti dengan acara Half Marathon (21.1 KM) pada jam 8.20 malam, 10 KM pada jam 8.40 malam dan 5 KM pada jam 9.00 malam.

Kami memulakan larian di barisan belakang memandangkan kami terlambat ke garisan permulaan. Masing-masing berlari ke arah kawasan permulaan setelah pengacara majlis buat countdown. Cuak jugak. Ingat belum ready lagi. Hehe

Sambil bergambar tak sangka dah countdown nak lari!!!


Memandangkan jumlah peserta yang agak ramai dan kehadiran sebilangan peserta bagi acara 10 KM dan 5 KM di garisan permulaan menyukarkan kami memulakan larian. Terpaksa tolak menolak la gamaknya. Kami agak lepas 3-5 minit Gun Time barulah kami dapat melepasi garisan permulaan. Masa tu Abang Man & Azmi dah ada kat depan dah. Aku pun mulakan langkah panjang & terus memecut memotong beratus-ratus peserta kat depan aku. 

Spot me. Mula-mula je pace 5. Lepas tu pancit!!!

Kalau tak silap aku pace aku masa tu 5.00 min/km sepanjang 1.5 KM aku berlari. Mula-mula dapat rentak memang best. Dapat follow geng-geng runner yang laju. Lepas 1.5 KM terus pancit aku. Route kali ni memang banyak mendaki. Lepas 5 KM aku tengok phone aku nak tengok berapa masa aku catat. Alhamdulillah NEW SEASON BEST untuk aku (34 minit 22 saat). Dan sampai di 10 KM masa aku catat adalah 1 jam 14 minit yang juga NEW SEASON BEST. Lepas melewati kawasan PICC aku rasa macam x sedap kat kaki. Terasa macam nak cramp, kaki melecet dan dalam masa yang sama terasa nak buang air besar. Lantas aku slowkan larian dan banyakkan berjalan. Sampai di KM 14 terus aku terkena leg cramp. Aku pun duduk la kat tepi jalan sambil tunggu medic team datang. Lepas 10 minit aku tunggu akhirnya ada sebuah van ambulans melalui kawasan tu & aku terus minta disemburkan spray kat kawasan calf sebelah kaki kanan aku. Aku duduk kat tepi jalan nak bagi kaki aku recover. 5 minit lepas tu aku sambung larian dalam 400 meter macam tu & semena-mena perut aku pulak yang buat hal. Terus masuk dalam tandas outdoor yang harum semerbak sambil melepaskan hajat. 5 minit juga ada dalam tu.

Lepas tu aku teruskan larian (berjalan sebenarnya) sebab dah tak mampu nak berlari lagi oleh sebab kaki dah out. 2 KM ke garisan penamat aku sempat berborak dengan seorang brader ni. Nak tanya time je sebenarnya memandangkan phone aku time tu dah mati. Katanya 2 jam 50 minit. Dalam hati aku kata memang tak capai target la sub 3 hours. Takpalah bukan rezeki. Akhirnya aku sampai di garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 14 minit 45 saat (Gun time) dan berjaya menamatkan larian di tempat ke 1,438 dari 1,982 peserta bagi kategori Men’s Open Half Marathon bagi timing gun time dan official time yang dicatatkan ialah 3 jam 11 minit 36 saat (1,430/1,982).

Yeahhh. Finally tiga-tiga finish the race!!!
Menantu Kak Zah & Pak Jenal berjaya!!! Yeahhh!!!
Kasut mana kasut???


Berikut adalah catatan masa rasmi bagi Abang Man & Azmi

NO.
NAMA
GUN TIME
OFFICIAL TIME
KEDUDUKAN GUN TIME
KEDUDUKAN OFFICIAL TIME
1
Mohd Rosman Bin Mhd Isa
3 jam 2 minit 48 saat
2 jam 59 minit 17 saat
1,224/1,982
1,211/1,982
2
Noor Azmi Bin Abdul Halim
3 jam 21 minit 4 saat
3 jam 17 minit 34 saat
1,533/1,982
1,526/1,982

Selain itu, beberapa pelari dari MOHE Runner Club (Kementerian Pendidikan Tinggi) juga berjaya menamatkan larian half marathon ini. Berikut adalah senarai catatan masa rasmi yang mereka perolehi:

NO.
NAMA
GUN TIME
OFFICIAL TIME
KEDUDUKAN GUN TIME
KEDUDUKAN OFFICIAL TIME
1
En. Mohd Yazid Bin Ghazali
2 jam 3 minit 45 saat
2 jam 3 minit 37 saat
106/1,982
119/1,982
2
En. Khairul Hazwani
2 jam 20 minit 52 saat
2 jam 20 minit 25 saat
334/1,982
355/1,982
3
En. Mohd Irzan Baharum
2 jam 34 minit 38 saat
2 jam 33 minit 39 saat
574/1,982
591/1,982
4
En. Abdul Rahim Bin Mohd Said
2 jam 35 minit 20 saat
2 jam 34 minit 22 saat
584/1,982
608/1,982
5
Salehudin Bin Mohamed
2 jam 53 minit 28 saat
2 jam 53 minit 23 saat
1,011/1,982
1,064/1,982
6
En. Mohd Shazsallie Bin
Md Derus
3 jam 23 minit 28 saat
3 jam 22 minit 28 saat
1,578/1,982
1,604/1,982

Pengalaman menyertai Putrajaya Night Marathon 2016 ini sangat berguna buat aku supaya aku lebih bersedia dari segi fizikal dan mental bagi acara-acara seperti ini.

Insyaallah tahun depan aku target 3 event half marathon:
1) Putrajaya Night Marathon 2017
2) Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2017
3) PJ Half Marathon 2017